Pelbagai Kaedah Pembenihan Ikan Keli

Pelbagai kaedah pembenihan ikan keli diperkenalkan kepada kita. Teknik aruhan adalah salah satu kaedah yang amat popular bagi pengusaha-pengusaha hatcheri ikan keli di Malaysia.Benih Keli Berusia 1 Hari


Induk Keli berat 1 Kg ke atas

Saya pernah mengikuti kursus pembenihan ikan keli di Perikanan Jitra. Banyak perkara yang saya pelajari contohnya kaedah menyuntik ikan keli. Saya pernah diajar kaedah menyuntik di tengkuk ikan, di tulang belakang 1 inci daripada tengkuk dan tengah-tengah tulang belakang ikan. Bak kata pengajar saya "orang buta pun boleh suntik ikan". Kaedah- kaedah tersebut terdapat keistimewaan dan kelemahan masing-masing dalam menentukan kualiti dan kuantiti telur yang akan diperoleh.


Ada beberapa kaedah menentukan bilangan nisbah induk jantan dan betina. Saya pernah diajar ia ditentukan dengan melihat kekilatan telur apabila disenyawa dengan sperma ikan jantan. selagi telur berwarna pudar, lebih ikan jantan perlu dikorbankan. Ada seorang sahabat saya pernah memberitahu bahawa " ikan keli ni macam kita jugak. boleh kawin sampai 4, anak kene minum susu, tak boleh terus makan nasi". Ada kemungkinan kata sahabat saya ni betul, boleh lah kalau ada sesiapa mahu mencari jawapannya.

Benih berusia 4 hari


Induk Ikan keli


Benih Dalam Tangki Penetasan


Benih sedia untuk dipindah ke kolam asuhan



1 comments:

Unknown berkata...

ada peluang untuk student praktikal?