Probiotik dan kegunaannya dalam perikanan

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kebaikan probiotik

Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.

Meningkatkan penghadaman
Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

Meningkatkan penyerapan galian
Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Menghasilkan vitamin
Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Melegakan gejala cirit-birit
Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Menguatkan sistem ketahanan badan
Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan. Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Probiotik"

EFECTIVE MIKROB (EM)

EM digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.

Sebahagian ciri-ciri PSBs:a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).
Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.

Ciri-ciri lain:
a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannyab) PSBs tidak beracun/bukan toksik.c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.
Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.
Antaranya:

Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.Menstabilkan PHMengurangkan bauMengurangkan kehilangan nutrien dalam kolamMengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)Menurunkan BODMengurangkan hydrogen sulfideMenurunkan CODMengurankan paras bahan organikMengurangkan paras besi(levels of iron)Mengurangkan paras manganesememperbaiki turbiditI
Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda. KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI.

Diambil daripada : http://bakteriabaik.blogspot.com/