Sejarah Keli Omega (Kami membekalkan keli ini)

Pernahkah anda mendengar Keli Omega? ada yang mendakwa keli omega adalah kacukan keli afrika, limbat dan keli bunga, dan ikan ini disuntik minyak ikan kod supaya mengandungi zat omega 3 yang tinggi. AWAS!!!! jangan terpedaya. Sebenarnya penghasilan Keli Omega telah lama dihasilkan oleh sebuah syarikat di Negeri Sembilan sejak 1998 lagi iaitu Masbahal Aquatic Sdn Bhd.

Masbahal Aquatic merupakan sebuah syarikat milik Bumiputra yang beroperasi di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Masbahal Aquatic telah mula beroperasi semenjak 16 tahun yang lalu dan telah didaftarkan secara rasmi pada 16hb Februari 1998. Masbahal Aquatic merupakan sebuah syarikat milik Bumiputra yang beroperasi di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Masbahal Aquatic telah mula beroperasi semenjak 16 tahun yang lalu dan telah didaftarkan secara rasmi pada 16hb Februari 1998. Pengasas Masbahal Aquatic iaitu En.Mokthar Hamzah selaku pengarah urusan dan juga beliau adalah bendahari Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT).

Masbahal Aquatic bermula dengan mengusahakan kolam-kolam simen yang menjalankan aktiviti-aktiviti pembenihan ikan air tawar,penternakan ikan air tawar dan juga ikan hiasan.

Produk-produk yang dihasilkan berasaskan akuakultur dimana proses pengoperasian dikendalikan secara bersistematik dan berteknologi bagi menghasilkan benih-benih ikan yang bermutu tinggi.

Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin HALAL , BERSIH dan BERKHASIAT dimana bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman binatang.Masbahal telah membuat kajian bersama Universiti Kebangsaan Malaysia & MARDI dimana Ikan Keli yang dihasilkan mengandungi OMEGA 3 ,6 ,dan 9 serta kandungan protein tinggi dan tanpa kabohidrat.

Kolam ternakan ini terletak di tapak operasi syarikat iaitu di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Kawasan kolam ternakan ini mempunyai keluasan seluas 2 ekar dan dibekalkan dengan sumber air

MASBAHAL AQUATIC CENTRE ini terletak dilokasi yang strategik dimana berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan iaitu diantara Kuala Lumpur dan Johor serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa 30 minit perjalanan.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tidak sertakan surat pengesahan,berapa jumlah omega 3,6 dan 9.Jika tidak anda adalah seorang pembohong!.

Aflah AquaTech berkata...

Kepada : Tanpa Nama

saya boleh sertakan surat pengesahan, hasil analisis tapi anda perlu menjadi pelanggan utama saya dahulu. kenapa tidak berani memapar nama dan hanya menggelar orang lain pembohong....