Iklan Baru Aflah Aquatech... ada sangkut kat Felda Lepar Hilir 2, Gambang, Pahang

Mufti pun dah kata Haram!!!

Keli zat babi haram


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.


Dipetik dari :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

moral : haram tetap haram, lindungilah diri daripada sumber yang diragukan..

Dah takde makanan lain nak bagi ikan makan!!!!

'Kita hanya jual di luar Perak' - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi


SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.





IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.




Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.


Dipetik dari

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

moral : jangan ambil mudah tentang makanan

Perkembangan Aflah Aquatech

Usaha menternak ikan keli ini kami bermula hanya dengan menternak secara suka-suka bermula dengan 100 ekor benih ikan keli bersaiz 2 inci.

tangki air pertama belajar ternak ikan keli

Percubaan pertama berjaya menghasilkan keli dengan berat 6 ekor sekilogram dalam masa 3 bulan sebanyak 90 ekor.

Percubaan kedua gagal kerana terlebih garam diletakkan ke dalam tangki dengan hasil hanya 10 ekor.

Percubaan seterusnya kembali berhasil dan dua biji calvet (palong) ditambah dan diisi 100 ekor benih setiap satu palong.
palong yang digunakan untuk menternak keli. Sekarang palong ini digunakan sebagai tempat pembiakan ikan guppy dan red swordtail.

Dengan 3 tempat penternakan yang digunakan, saya berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 ekor keli. Tetapi jumlah ini masih sedikit dan masih tidak mampu menampung permintaan pasaran yang pada masa itu pakcik saya di negeri sembilan mengusahakan keli salai. Satu lagi tangki simen dibina dihadapan rumah dengan kos RM200 dengan masa pembinaan 2 hari. Tangki tersebut saya mulakan dengan melepaskan benih keli sebanyak 500 ekor.
tangki simen dalam tanah. Sekarang jadi tempat ikan hiasan; ikan kap
Kertas Kerja telah kami sediakan untuk memohon pinjaman siswazah tani di Pahang. Hasil bantuan dan tunjuk ajar pelbagai pihak, pinjaman telah diluluskan dan hasilnya kami mampu mengeluarkan 1 tan ikan sekolam iaitu 10 kolam serta satu bangsal stor makanan.

benih ikan keli 3 inci


kolam penternakan


Lokasi kolam penternakan