Kepentingan air mengalir dalam penternakan ikan keli


Ramai orang menyangka penternakan ikan keli amat mudah, dengan hanya memberi makan pagi dan petang, dan tunggu 3 bulan akan keluar hasil. Kebanyakan daripada penternak, terutamanya yang baru menceburkan diri dalam penternakan keli kecil-kecilan seperti ternakan tangki simen, tangki poli dan kanvas kurang memberi perhatian kepada kepentingan kepada sistem air mengalir (Water Flow System).

Sistem air mengalir adalah salah satu sistem yang penting dalam penternakan ikan keli. Mungkin jika dalam satu-satu tangki yang mempunyai 200-500 ekor ikan keli, kesan air tidak mengalir kepada ika keli tidak begitu ketara. Tetapi, bagi penternak yang mempunyai 1000 ekor keli dalam tangki, sistem air mengalir amatlah penting.

Di sini, saya cuba senaraikan serba sedikit kebaikan sistem air mengalir;

1. Meningkatkan kandungan oksigen dalam air; Dalam tangki ternakan, sudah tentu terdapat ikan keli yang banyak. ikan ini menggunakan oksigen untuk bernafas menggunakan 2 sistem pernafasan, iaitu insang dan organ arboresen. Jika kandungan oksigen dalam air kurang, ikan keli boleh bernafas di permukaan air. Walau bagaimanapun, zooplankton, fitoplankton dan mikroorganisma dalam air juga memerlukan oksigen. Persaingan dalam mendapatkan bekalan oksigen menyebabkan ada ikan keli yang tegak terapung ke permukaan air dan mati.

2. Jaminan kebersihan air; Air yang mengalir akan membawa kotoran seperti najis ikan keluar daripada tangki ternakan. Walaupun najis ikan ini menjadi makanan atau baja kepada pertumbuhan zooplankton, ia juga adalah penyebab kadar ammonia dalam air meningkat dan membahayakan kesihatan ikan keli. Dengan sistem air mengalir dan sistem alur limpah baik, pengurusan ikan menjadi lebih mudah.

3. Mengurangkan tenaga dan masa; Tangki yang menggunakan sistem air mengalir yang ideal tidak perlu ditukar air sehingga masa tuaian. Dengan ini pengurusan lebih mudah dan kualiti air boleh dikawa dengan lebih baik bagi menjamin kesihatan ikan.

1 comments:

Unknown berkata...

biz ternakan lobster air tawar http://redclawlobster.blogspot.com