Resepi : Pecal Ikan Keli

Pecal Ikan Keli
Kiriman: dilley
Sumber: makanan tradisi keluarga


Bahan-Bahan:

1kg ikan keli( siap dibersihkan)
garam
kunyit

bahan-bahan untuk kuah.
2 biji santan pekat
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
sedikit cekur
belacan
garam ( secukup rasa )
gula ( secukup rasa )

Cara:
gaulkan sedikit garam dan kunyit bersama ikan keli tadi. ikan di bakar menggunakan bara yg sesuai untuk menghasilkan aroma masakan yang lazat. cili padi, bawang putih, belacan dan cekur di kisar sehingga halus.selepas itu masukkan santan dan bahan dikisar tadik ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana dan masukkan garam dan gula secukup rasa.apabila mendidih angkatkan. apabila ikan siap dibakar tuangkan kuah yang di masak tadi diatasnya. siap untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
sesuai untuk 4 org. sesuai dimakan bersama nasi yang panas.

dipetik dari : http://resepi.mesra.net/Detailed/4361.shtml
Gambar oleh : Aflah Aquatech Enterprise

0 comments: