garam sebagai ubat parasit





SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air tangki.

Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit dan terus diisi ke dalam tangki adalah tidak bijak. Pelbagai jenis parasit dikenal pasti sebagai ejen utama, namun ramai kurang tahu mengenainya. Apakah kumpulan parasit yang menyerang dan bagaimana cara pencegahan atau rawatan boleh dilakukan jika tanda serangan dikesan.

Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah.


Lazimnya parasit lebih agresif menyerang ikan ternakan berbanding yang hidup bebas di habitat asal. Ini mungkin kepadatan ikan dalam sesuatu sangkar yang mengundang parasit bersarang.

ikan yang dimasukkan ke dalam air yang tidak dirawat ini mudah dijangkiti penyakit.

Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan di tepi sangkar atau kolam. Malah, mangsa juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.

Cara untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.

Ikan yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari tangki dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam tangki seberapa segera. Kita boleh menggunakan campuran garam sebagai bahan pembunuh parasit.

Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala ikan.

dipetik dari

http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20091204175445/Article/index_html

dan diubah mengikut kesesuaian.

0 comments: