Posted by Aflah AquaTech at 1:16 PG 0 comments
Keli Salai Negeri Sembilan
Dalam sibuk-sibuk aflah kitchen buka cawangan di USJ 1, ada lagi produk masuk ke pasaran pasar tani... Keli Salai. Sedap ni... Cari la kat pasar stadium shah alam hari ahad & pasar hari rabu & ahad beranang.
Posted by Aflah AquaTech at 4:42 PTG 0 comments
Kursus Pembungkusan dan pelabelan 2010
Alhamdulillah... akhirnya berjaya jugak masuk kursus perikanan terakhir 2010 bersama rakan -rakan di Institut Latihan Perikanan Chendering, Terengganu. hehe... yang kelakarnya cikgu2 kitorang yang mengajar asas pemprosesan pon jadi anak murid. Terima kasih kepada tenaga pengajar dari MARDI serdang bahagian Teknologi Makanan atas ilmu yang diberikan.
Posted by Aflah AquaTech at 4:32 PTG 0 comments
macam-macam ada
macam-macam da ada skarang ... suka makan? suka kek? suka coklat ? suka kerepek? suka kuih raya? boleh order kat website ni > www.aflah-kitchen.blogspot.com
Posted by Aflah AquaTech at 11:53 PTG 0 comments
Labels: coklat, edible image, kerepek
Salam Ramadhan
n
a
Ramadhan menjelang lagi.. bulan ibadah la katakan... konon2nya nak jual keli percik kat baazar ramadhan, tp xsempat. terfikir jugak nak jual kuih cara berlauk inti isi ikan keli. buat serunding keli pon best. jual burger.... penat dah tarawikh & tadarus.
saja nak bagi anda semua terliur tengok lauk ikan keli. meh tengok ini wayang...hehehe
yang xde logo aflah tu memang saya ambil dari website@blog lain. saja nak tolong promote blog kengkawan.
Posted by Aflah AquaTech at 10:24 PG 0 comments
Pelbagai Kaedah Pembenihan Ikan Keli
Ada beberapa kaedah menentukan bilangan nisbah induk jantan dan betina. Saya pernah diajar ia ditentukan dengan melihat kekilatan telur apabila disenyawa dengan sperma ikan jantan. selagi telur berwarna pudar, lebih ikan jantan perlu dikorbankan. Ada seorang sahabat saya pernah memberitahu bahawa " ikan keli ni macam kita jugak. boleh kawin sampai 4, anak kene minum susu, tak boleh terus makan nasi". Ada kemungkinan kata sahabat saya ni betul, boleh lah kalau ada sesiapa mahu mencari jawapannya.
Posted by Aflah AquaTech at 6:22 PG 1 comments
garam sebagai ubat parasit
SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air tangki.
Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit dan terus diisi ke dalam tangki adalah tidak bijak. Pelbagai jenis parasit dikenal pasti sebagai ejen utama, namun ramai kurang tahu mengenainya. Apakah kumpulan parasit yang menyerang dan bagaimana cara pencegahan atau rawatan boleh dilakukan jika tanda serangan dikesan.
Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah.
Lazimnya parasit lebih agresif menyerang ikan ternakan berbanding yang hidup bebas di habitat asal. Ini mungkin kepadatan ikan dalam sesuatu sangkar yang mengundang parasit bersarang.
ikan yang dimasukkan ke dalam air yang tidak dirawat ini mudah dijangkiti penyakit.
Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan di tepi sangkar atau kolam. Malah, mangsa juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.
Cara untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.
Ikan yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari tangki dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam tangki seberapa segera. Kita boleh menggunakan campuran garam sebagai bahan pembunuh parasit.
Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala ikan.
http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20091204175445/Article/index_html
dan diubah mengikut kesesuaian.
Posted by Aflah AquaTech at 7:44 PTG 0 comments
Labels: Berita Terkini, garam, parasit
Kursus Ikan Masin & Belacan da...
24 ~ 27hb 5 2010 saya sempat mengikuti kursus membuat ikan masin, pekasam & belacan kat IPM Chendering. kengkawan masa kursus pembenihan kat jitra & kursus buat palet kat Pulau sayak pon ada...
Posted by Aflah AquaTech at 11:46 PTG 0 comments
Labels: belacan, ikan masin, kursus