Gulai Siam Ikan Keli

Gulai Siam Ikan Keli
Sumber: Majalah Jelita Februari 1994
Hits: 883 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
600 gm ikan keli (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi
1 cawan terung belanda
5 - 6 helai daun kemangi
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan digiling:
10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah
Cara:
Perap ikan keli bersama asam jawa dan garam. Gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih. Kacau santan bersama Bahan-bahan giling hingga mendidih. Masukkan cili padi, terung belanda dan ikan. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan daun kemangi, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata. Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.


dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/265.shtml

Lawatan Panel Juri Felda sempena Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2009

FELDA LEPAR HILIR 2 30 Mei - Satu lawatan telah diadakan oleh Panel Juri Felda ke Aflah Aquatech Enterprise sempena Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2009.

Lawatan ke Felda Lepar Hilir 2 telah berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Jumaat, 39 Mei 2009 dan berakhir pada 30 Mei 2009.

Perasaan masa 1st time harvest untuk customer ~ kenduri

Erm... Teringat masa dulu time mula2 harvest ikan keli, kene pulak orang order untuk kenduri 100 kg.. masa tu daifnya la tangguk sana - tangguk sini .. x menyempat2 nak tunggu air kering.
Bila timbang, pakai pulak timbang skala 10 kg... timbang 10 kg... 10 kg... tolak berat bakul...
Pastu da packing naik lori sama2 anto ikan sebab nak amik balik kotak..hehehe..
Memang best keje ni..

Apa yang ada dalam website ni??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pengunjung website ini. Selamat Datang.

Saya dengan rendah hati ingin memberi sedikit maklumat kepada anda tentang kandungan website kami.

Apabila anda melayari laman web www.aflah-aquatech.blogspot.com, anda akan melihat paparan blog seperti ini :-
Bar atas sekali warni biru-biru laut itu ialah menu. Anda boleh klik mana2 menu yang ada seperti Pengetahuan Am, Resepi, Produk, Berita Terkini dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat. Maklumat-maklumat yang disediakan ada yang dipetik dari sumber-sumber yang terpapar di bahagian bawah sekali pada maklumat. Ada juga yang dikarang oleh saya sendiri.

Dalam blog ini saya ada menyediakan beberapa ekor ikan untuk anda bagi makan (kalau mahu).
Mudah saja, klik saja pada pada kawasan ikan tersebut dan anda tidak perlu membeli sebarang palet, bagi banyak mana pon ikan tersebut tak akan mati, kecuali jika ada masalah pada coding.
Ada juga dipaparkan bilangan pelawat yang telah melawati website ini.

Kami menyediakan buku pelawat kepada anda jika anda ingin mengisikan sebarang komen. Mudah saja, hanya klik pada "Sign This Guestbook". Anda boleh mengisi komen dan gambar anda di sana.

Kami juga menyediakan maklumat undian untuk anda isikan seperti di bawah sekali blog ini.

akhir sekali kami juga menjemput anda ke website kami di www.aflah-aquatech.webs.com. Di sana anda boleh memperoleh maklumat tantang syarikat kami dan boleh meninggalkan sebarang komen, pesanan produk .
Anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai ahli.